Home
Selamat Datang Ke Portal Online Majlis Daerah Pekan
Portal Online Majlis Daerah Pekan PDF Print E-mail

 

Portal ini merupakan gerbang aplikasi online yang digunakan di Majlis Daerah Pekan (MDP). Ia menyediakan pautan kepada aplikasi-aplikasi generik yang digunakan sama ada oleh kakitangan atau orang awam terutamanya pelanggan yang berurusan dengan MDP. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Portal ini adalah seperti pautan ke Sistem eAduan, Sistem eBaucer, Sistem eSumber dan Sistem eMeeting. Sistem-sistem lain akan dimasukkan dibangunkan dan digunakan pada masa akan datang. Selain daripada itu, ia juga menyediakan pautan kepada Portal Rasmi Majlis Daerah Pekan sebagai tambahan kepada maklumat yang disediakan di dalam portal ini.

 
Sistem eAduan PDF Print E-mail

 

Sistem ini menguruskan aduan awam berkonsepkan web-based menerusi capaian melalui Internet dan ‘real-time’. Fungsi sistem juga ditambah bagi membolehkan integrasi fungsi secara elektronik antara jabatan-jabatan di MDP. Ian juga memusatkan semua bentuk maklumbalas seperti aduan, cadangan dan pertanyaan untuk tindakan setiap jabatan. Ia juga membantu semua urusan Penerimaan, Pengedaran, Pemantauan dan Penyelesaian secara elektronik,“paperless” dan bersepadu.


Klik di sini untuk log masuk eAduan.

 

 
eSumber PDF Print E-mail

 

Sistem ini merupakan repository untuk penyimpanan maklumat-maklumat am bagi pengguna untuk dijadikan rujukan dan bahan bacaan. Sumber-sumber yang diperolehi kebanyakannya diperolehi daripada penulisan individu dan internet untuk dikongsi bersama. Terdapat juga bahan bacaan yang boleh digunakan sebagai panduan bagi menambahkan kemahiran dan pengetahuan bagi sesuatu bidang. Disamping itu ia juga menyimpan pekeliling, akta dan garis panduan kerajaan yang perlu dipatuhi oleh pegawai kerajaan terutamanya kakitangan MDP. Ini akan menggalakkan lagi pembelajaran maya dalam kalangan kakitangan MDP.


Klik di sini untuk log masuk ke eSumber

 

 
Sistem eBaucer PDF Print E-mail

 

Sistem ini digunakan untuk menguruskan baucer-baucer kewangan yang telah dikeluarkan oleh bahagian kewangan. Sistem ini menyimpan maklumat baucer bagi memudahkan pihak kewangan untuk mengetahui perincian berkaitan dengan baucer tersebut. Ia juga menyimpan lokasi baucer tersebut bagi memudahkan pencarian di stor fail. Sistem ini juga membolehkan pembekal mengetahui sama ada baucer bagi tuntutan mereka telah boleh dituntut di MDP.


Klik di sini untuk log masuk eBaucer.

 

 
Sistem eMeeting PDF Print E-mail

 

Sistem ini membantu MDP dalam Pengurusan Mesyuarat. Ia dapat memuatnaik dan memuat turun minit mesyuarat bagi semua mesyuarat yang telah dilaksanakan di MDP. Selain daripada itu ia juga dapat memantau status tindakan yang telah diambil oleh setiap jabatan bagi membolehkan maklumbalas mesyuarat dikeluarkan. Kakitangan MDP juga dapat menguruskan jadual mesyuarat mereka dengan membuat rujukan pada planner yang disediakan di dalam sistem. Penyediaan reminder juga akan memudahkan  kakitangan MDP bagi mengetahui butiran maklumat seperti tempat dan masa bagi mesyuarat yang akan dihadiri.


Kli di sini untuk log masuk ke eMeeting

 

 
Copyright © 2012 Portal Online Majlis Daerah Pekan. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Undian

Apakah sistem online di MDP yang sering anda gunakan?
 

Rakan Online

Terdapat 1 guest online

Carian